Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) bermula 8 hingga 11 November melibatkan beberapa kawasan.
Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah menerusi kenyataan memaklumkan, kawasan itu meliputi Kelantan, Terengganu, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing di Johor.